Menara Putih Masjid Umawi
Ini adalah merupakan suasana sebelah dalam
masjid Umawi yang berada di Dimasyq, Syria ketika masih belum berlaku
kebangkitan rakyat Syria.Menurut hadis, di masjid inilah Nabi Isa akan turun
untuk memerangi Dajjal ketika akhir zaman.
Sabda Nabi Muhammad:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu
Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan
mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua
telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala,
maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti
mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti
akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa
mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut.
Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah
dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka
tentang darjat mereka di Syurga..”
(Sumber hadis : Sahih Muslim, Kitab
al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)
Ibnu Katsir menyebut, “Inilah yang
termasyhur mengenai tempat turunnya nabi Isa, iaitu di menara putih bahagian
timur Dimasyq. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca, nabi Isa turun di
menara putih sebelah timur masjid Jami’ Dimasyq, dan ini merupakan pendapat
yang lebih terpelihara.
Kerana di Dimasyq, tidak dikenali menara di
bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’ Umawi, Dimasyq sebelah
timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang
dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada beliau,
“Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.”
Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang
maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kalian.”
Kesimpulannya, sedar ataupun tidak kita
sekarang ini telah pun berada di pengakhiran zaman. Maka bersedialah dari
setiap sudut, kerana apa yang berlaku di Syria mahupun diseluruh dunia ia
menandakan dunia telah berada di pengakhirannya.
Tindakan Kita
Berusahalah untuk menambahkan ilmu
berkenaan ilmu agama, dekatkan diri kepada Allah, berikanlah sokongan kepada
golongan yang ingin tegakkan Islam di muka bumi ini dan berusahalah untuk
mengajak mereka yang masih leka dengan dunia agar kembali kepada Islam.
Sama-sama doa agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal dan juga fitnah
akhir zaman ini.
Wallahua’lam
Sumber: Open Minda
No comments:
Post a Comment