Blog khas mengenai isu semasa yang berlaku pada hari ini dalam negeri mahupun yang luar negara.
Kisah Tun Daim Zainudin
Tun Daim Zainudin dilahirkan di Derga, Alor Setar Kedah, Daim mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid dari 1949 hingga 1953. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Institusi Saint Xavier, Pulau Pinang hingga lulus Peperiksaan Sekolah Cambridge (Cambridge School Examination) pada tahun 1955.
Kerjaya
Kerjaya Daim bermula sebagai guru sandaran di Kolej Sultan Abdul Hamid hingga 1957. Beliau kemudian lulus dalam Peperiksaan Peguam (Bar Examination) pada tahun 1959 selepas memasuki Lincoln's Inn hanya 18 bulan. Dengan ijazah undang-undang, beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang Perancangan Bandar di Universiti Berkeley, California pada tahun 1977 dan memiliki ijazah pada tahun 1979.
Daim memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang di Kota Bahru, Kelantan, dan kemudian menyertai perkhidmatan undang-undang dalam kerajaan. Beliau pernah menjawat jawatan majistret di Johor dan Timbalan Pendakwa Raya di Perak. Kemudian beliau membuka firma guamannya bersama Allen & Gledhill pada 1966. Tidak lama selepas itu, beliau membuka firma guamannya sendiri, Daim, Gamani. & Co.
Antara 1979 dan 1984, Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd, unit Perbadanan Pembangunan Bandar, yang merupakan salah sebuah syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam syarikat awam tersenarai. Beliau turut terbabit dalam bidang pemaju hartanah, Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri. Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian French Bank ketika itu.
Beliau juga menjadi pengerusi Fleet Holdings Sdn Bhd, sebuah kumpulan media utama, dan Syarikat Televisyen Malaysia Bhd. (TV3).
Politik
Kerjaya politik Daim bermula pada tahun 1966, ketika beliau bersama-sama membuka syarikat guaman bersama Allen & Gledhill. Kerajaan Pusat telah melantik firma itu bagi pihak Gabenor Sarawak untuk satu kes.
Dari situ, membuka peluang Daim di persada politik tanah air apabila sentiasa berhubung rapat untuk mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak.
Tetapi beliau tidak terus berkecimpung dalam politik kerana katanya: ``Saya mahu membangunkan perniagaan saya dahulu.
Pada tahun-tahun itu juga Daim yang asalnya `berdarah perniagaan' menubuhkan firma guamannya Daim & Co.
Kerjaya politik beliau bermula apabila dilantik sebagai senator pada 1980 hingga 1982, Kemudian pada 1982, beliau bertanding di kerusi Kuala Muda dan memenangi kerusi tersebut.
Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984 setelah Perdana Menteri menawarkan jawatan itu kepadanya - era bermulanya kegemilangan beliau sebagai pengurus dan pentadbir wang negara. Pelantikan beliau dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Setelah enam tahun memegang jawatan Menteri Kewangan dan merasakan ekonomi Malaysia benar-benar teguh dan mantap, beliau meletakkan jawatannya pada 15 Mac 1991.
Tetapi, rehat beliau itu tidak lama, sekali lagi pada Januari 1999, beliau dilantik semula sebagai Menteri Kewangan Pertama selepas Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet.
Walaupun beliau berada di luar kabinet selama tujuh tahun sejak 1991, Daim masih aktif terlibat dalam hal ehwal ekonomi negara atas pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan.
Pada 20 Disember 1997, Daim dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Semasa beliau dilantik Menteri Kewangan, Daim sudahpun menganggotai kabinet sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 26 Jun 1998.
Beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.
Beliau juga pernah memegang jawatan Bendahari Agung UMNO antara tahun 1984 hingga 1999. dan juga Bendahari Barisan Nasional (BN).
Ada seorang blogger tu dia menceritakan kisahnya ketika memasuki sebuah bank International Bank of Commerce di salah sebuah negara di Afrika sana. Beliau terkejut apabila ada pula gambar Tun Daim terpampang sebesar-besarnya, dan bila di tanya pegawai bank itu berkata
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,”
Ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus. ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!
Forbes Magazine tak senaraikan beliau dalam senarai orang-orang kaya. Tapi untuk info sesama kita Forbes hanya kira orang punya kekayaan melalui pegangan saham dorang dalam public-listed company serata dunia. Oh macam tu rupanya Forbes ni kira kekayaan orang. Ingatkan dorang pegi Bank lepas tu kira satu-satu duit orang-orang kaya ni. Namun, menurut satu cerita tak tau betol ke tidak kekayaan Tun Daim ni kat akaun bank dia tak penah diam.Forbes penah cuba cuba buat anggaran harta Tun sebanyak US10.2 billion, kalah Robert Kuok. Tapi itu hanya anggaran, mereka mereka yg sesaja gatal nak sibuk amik tau asset Tun.Media Britain pula mengorek rahsia dengan bersungguh sungguh berdasarkan pegangan Tun dlm ICB (bank kepunyaan Tun Daim) dan menganggarkan asset Tun sebanyak US$26 billion.
Tun Daim sebagai ahli politik adalah seorang ahli politik yang biasa-biasa sahaja. Tidak suka publisiti dan tidak suka berucap. Beliau lebih banyak diam. Kerana itu lah beliau digelar sebagai "Tun Daim yang Diam". Wartawan yang ingin menemu ramah beliau hanya akan menerima senyuman dan salam dan komen kalau perlu sahaja. Lepas tu beliau akan pergi.
Kepada Tun Daim, syabas sebab anda memang seorang yg berjaya. Tokoh yg bersaiz kecil tapi mempunyai hati yg besar macam stadium KLCC. Beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang, dan tidak semua kejayaan yang dikecapinya pada hari ini tidak diselangi dengan kegagalan. Banyak siri kegagalan beliau dalam melakukan bisnis ni termasuk bukak kilang garam tapi lingkup. Tapi usaha yang gigih telah mendatangkan hasil.
Labels:
Tun Daim Zainudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment