Pages

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013


 
Di dalam entri ini saya kongsikan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 sebagai rujukan dan panduan penjawat awam berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 : Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013.

Untuk merancang percutian pula, anda boleh merujuk entri Senarai Cuti Umum Tahun 2013. Bagi menyemak penyata gaji bulanan, sila click e-Penyata Gaji.
 


 
 
 

Khairul Fahmi & Leuniey Kini Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.
Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.
Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.
Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.

Khairul Fahmi & Leuniey 
 Khairul Fahmi & Leuniey kahwin

Satu juta bujang tak daftar BR1M


Ipoh: Lebih sejuta individu bujang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 didapati masih belum mendaftar.

Serentak itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menggesa mereka yang belum mendaftar termasuk ketua isi rumah yang tercicir daripada senarai penerima BR1M lalu, supaya segera mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember ini. 
“Kerajaan akan mula membuat pembayaran pada suku pertama tahun depan untuk mereka yang mendaftar sebelum akhir tahun ini. 


“Justeru, kita menasihati mereka supaya mendaftar segera kerana jika lewat, mereka akan lewat menerima pembayaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Dagang Karnival Usahawan SME Bank di sini, semalam.

Husni berkata, sehingga kini seramai 1.6 juta individu bujang yang layak menerima BR1M sudah mendaftar untuk program berkenaan daripada 2.7 juta individu bujang yang dikenal pasti layak.

Pada masa sama, katanya, seramai 720,179 ketua isi rumah yang layak tetapi tercicir pada program BR1M 1.0 lalu sudah mengemukakan permohonan.

Beliau berkata, daripada bilangan itu, sebanyak 1.3 juta individu atau 54 peratus membuat permohonan secara manual, manakala 1.1 juta pendaftaran atau 46 peratus dilakukan secara atas talian.
sumber BH online

Sheikh Muhammad bin Abdullah Al- Subbayyil Bekas Imam Masjidil Haram Meninggal Dunia


dddBekas Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan juga Imam serta khatib terkenal Masjidil Haram Mekah, Sheikh Muhammad bin Abdullah Al- Subbayyil selamat dikebumikan selepas solat Asar semalam.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di masjid suci berkenaan. Allahyarham meninggal dunia pada 17.12.12. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Maabdah, Mekah.
Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar dalam ilmu tauhid, tafsir, ilmu fiqh dan usul fiqh, ilmu faraid, nahu, balaghah, syair dan kesusasteraan di madrasah dan masjid-masjid.
Satu perintah diraja dikeluarkan pada tahun 1964 agar beliau dilantik sebagai Imam dan Khatib di Masjidil Haram, Makkah. Beliau juga dilantik selaku Pengerusi bagi Tenaga pengajar dan pemantau (bahagian Agama) untuk Masjidil Haram.
Pada tahun 1970, Allahyarham dilantik selaku Timbalan Presiden (Bahagian Agama), Bahagian Pengurusan Masjidil Haram, dan seterusnya dilantik selaku Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Masjidil Haram yang kemudian dijenamakan semula menjadi Bahagian Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Pada tahun 1991, beliau dilantik menjadi Presiden bagi jabatan tersebut. Beliau bersara pada tahun 2001 dan beliau juga merupakan Ahli Badan Ulama’ Senior dan Majlis Fiqh Rabitah Alam Islami.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.


Dividen ASB 2012 (7.75 sen) + Bonus ASB 2012 (1.15 sen)

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber : BERNAMA]

Tempat Yang Mungkin Akan Turunnya Nabi Isa



  
Menara Putih                                 Masjid Umawi

Ini adalah merupakan suasana sebelah dalam masjid Umawi yang berada di Dimasyq, Syria ketika masih belum berlaku kebangkitan rakyat Syria.Menurut hadis, di masjid inilah Nabi Isa akan turun untuk memerangi Dajjal ketika akhir zaman.

Sabda Nabi Muhammad:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”

(Sumber hadis : Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)
Ibnu Katsir menyebut, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya nabi Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Dimasyq. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca, nabi Isa turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Dimasyq, dan ini merupakan pendapat yang lebih terpelihara.
Kerana di Dimasyq, tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’ Umawi, Dimasyq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.”
Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kalian.”
Kesimpulannya, sedar ataupun tidak kita sekarang ini telah pun berada di pengakhiran zaman. Maka bersedialah dari setiap sudut, kerana apa yang berlaku di Syria mahupun diseluruh dunia ia menandakan dunia telah berada di pengakhirannya.
Tindakan Kita
Berusahalah untuk menambahkan ilmu berkenaan ilmu agama, dekatkan diri kepada Allah, berikanlah sokongan kepada golongan yang ingin tegakkan Islam di muka bumi ini dan berusahalah untuk mengajak mereka yang masih leka dengan dunia agar kembali kepada Islam. Sama-sama doa agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal dan juga fitnah akhir zaman ini.
Wallahua’lam
Sumber: Open Minda

Geun-hye presiden wanita pertama Korea

SEOUL - Park Geun-hye muncul sebagai wanita pertama memenangi jawatan Presiden Korea Selatan dan bertekad untuk memulihkan ekonomi negara Asia itu.

Geun-hye, anak bekas presiden Park Chung-hee menewaskan Moon Jae-in.

Geun-hye setakat ini dilaporkan memperoleh 50.1 peratus undi manakala Jae-in menerima 48.9 peratus.

Jae-in telah mengaku kalah dalam pemilihan.

"Kemenangan ini disumbangkan oleh rakyat yang mahukan pemulihan ekonomi dan krisis," kata Geun-hye yang berusia 60 tahun di sini semalam.

FILEM HANTU KAK LIMAH 2 : HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT AKAN DITAYANGKAN!

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 akan ditayangkan tahun depan. Wah..baru aku tahu.... Tajuknya pula : Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.. Filem ni akan ditayangkan pada 7. FEBRUARI 2013.. Wah..tak sabar nak tunggu filem ni ditayangkan.. Tadi aku tengok trailer, nampak ada kelainan.. Hantu Kak Limah pun dah nampak semakin sembuh dah sekarang.. Yang paling penting, watak Ezlyyn yang muncul dalam Zombie Kampung Pisang turut ada dalam filem terbaru ni...

Menurut Mamat Khalid,

“Kehebatan filem ini, tiada ulangan. Saya cuba buat lebih segar daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab itu watak Kak Limah minor sahaja dalam filem kali ini. “Penonton mahukan kelainan... saya takut penonton sudah mula muak, jadi setiap kali itu saya suntikkan kesegaran dalam episod Kampung Pisang,” katanya yang menggunakan 20 peratus teknik janaan imej dalam filem ini.

Kata carian wwe

Sambil surf aku mencuba kata-kata carian yang tinggi. Nampaknya wwe mempunyai kata carian yang cukup tinggi iaitu di yahoo 234,000 berbanding di google ialah 267,000,000. Aku juga peminat wwe memang tidak mis menonton di tv3 atau di astro sport. Antara keyword yang mempunyai kaitan dengan wwe seperti wwe roster,wwe spoilers,wwe games,wwe bloopers dan wwe raw. Sahaja kali cuba bermain dengan keyword wwe. Nak tengok boleh naik ke tidak rating blog aku ni. Seo penting dalam menaikkan rating sesebuah blog tersebut.

Inilah Rahsia Pertahanan Israel

Ratusan roket milik Hamas ditembak ke arah wilayah Israel. Namun hanya sembilan puluh lebih roket yang sampai ke wilayah zionis itu. Israel bangga dengan petahanan angkasanya yang kuat. Perisai peluru berpandu Iron Dome milik Israel yang berjaya menghancurkan hampir sekitar 90 peratus roket-roket milik Hamas yang ditembakkan dari Gaza.

“Kejayaan kami dalam 90 peratus. Ini belum pernah terjadi dalam sejarah,” kata seorang pegawai kanan Israel seperti diberitakan nation.time.com, Rabu (21/11/2012).

“Sekurang-kurangnya korban di pihak Israel menunjukkan Iron Dome adalah senjata yang paling berkesan di dunia dalam ujian perisai peluru berpandu yang pernah ada,” tambahnya.

Pertahanan Udara Israel ini ditubuhkan oleh syarikat senjata bernama Rafael Advanced Defense System. Iron Dome ini didakwa sebagai satu-satunya sistem pertahanan yang dapat menghalang roket, meriam dan mortar. Termasuk sistem pertahanan udara dari serangan pesawat pejuang, helikopter.

Iron Dome ini dapat menghentikan ancaman serangan sejauh 70 kilometer dan boleh beroperasi di dalam semua keadaan cuaca. Alat ini mempunyai hulu ledak khusus yang dapat meledakkan sasaran apa-apa di udara dalam hitungan masa. Perolehan sistem ini adalah dari bantuan dana kerajaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Kementerian Pertahanan Israel memilih Iron Dome sebagai penyelesaian terbaik dalam pertahanan dari pelbagai ancaman dalam masa yang singkat. Israel memutuskan membina sistem pertahanan udaranya selepas Perang Lebanon pada 2006 di mana ketika itu, sekitar 4,000 roket Hizbullah menghujani Israel utara dan menewaskan 44 orang.

Remaja cuba rompak maut ditembak


Remaja cuba rompak maut ditembak 
KUALA LUMPUR - Cubaan merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Sri rampai, di sini, awal pagi semalam gagal apabila kegiatan dua penjenayah terbabit disedari polis yang sedang membuat rondaan.

Dalam kejadian 4.40 pagi itu, empat pekerja yang sedang bertugas didatangi dua lelaki bersenjatakan parang bertindak mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata, tindakan suspek mengacukan parang memaksa pihak polis melepaskan beberapa das tembakan.

“Polis melepaskan tembakan kerana cubaan bunuh anggota. Suspek ditembak di bahagian dada dan mati di tempat kejadian. Manakala seorang pekerja cedera di leher akibat terkena parang semasa diugut suspek.

“Polis turut menemui sebuah motosikal yang ditinggalkan suspek dan disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian itu turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 394 dan 307 kanun keseksaan.

Sementara itu, pengurus kedai serbaneka itu, yang enggan dikenali berkata, dua suspek sama telah merompak sebuah lagi cawangan kedai serbaneka miliknya di Wangsa Maju petang kelmarin.

Menurutnya, dia rugi lebih RM1,000 dan telah membuat laporan polis.

“Untuk tahun ini sahaja, di sini (cawangan Sri Rampai) telah dirompak sebanyak 15 kali,” katanya.

Sumber : Sinar online 

Kelebihan Ayat Kursi


Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Wajah-Wajah Comel Yang Dibunuh Adam Lanza


Berikut adalah antara kanak-kanak yang menjadi mangsa tembakan rambang Adam Lanza dalam kejadian Jumaat lalu di Sandy Hook Elementary School di Connecticut, Amerika Syarikat.
Comel sungguh kanak-kanak itu yang belum tahu apakah erti sebenar kehidupan…




Inilah Wajah Psiko Yang Membunuh 28 Orang Sekali Gus


Namanya adalah Adam Lanza dan berumur 20 tahun. 
Dialah suspek bagi kes pembunuhan beramai-ramai melalui tembakan rambang di Sandy Hook Elementary School di Connecticut, Amerika Syarikat.
Dia menggunakan sejenis assault rifle yang mampu memuntahkan sehingga butir peluru dalam satu saat. Dia dipercayai membawa lebih dari sebuah senjata dalam serangan itu. Antaranya handgun jenis Glock dan Sig Sauer.
Akibatnya, seramai 28 orang pelajar dan tenaga kerja Sandy Hook Elementary School menemui maut dalam kejadian awal pagi, Jumaat lalu.
Antara mangsa adalah enam orang pelajar berumur 6 tahun, empat lagi mangsa berumur 7 tahun dan beberapa lagi kakitangan dewasa serta pelajar sekolah berkenaan.
Lanza disifatkan ramai sebagai seorang yang amat terganggu fikiranya dan boleh mengamuk tanpa sebab.
Dia disifatkan sebagai bom jangka oleh saudara-mara dan rakan-rakannya.
 Lanza mengidap Sindrom Asperger’s atau kecelaruan personaliti.
Salah seorang jirannya dalam Tweet berkata, yang beliau menyedari Lanza tidak berapa waras sejak usianya lima tahun.
Lanza membunuh ibunya, Nancy terlebih dahulu sebelum memandu ke sekolah berkenaan dan membunuh puluhan yang lain.
 Emak Adam Lanza
 Senjata otomatik yang digunakan itu dikatakan milik ibunya yang dipercayai turut mengajar anaknya cara-cara menembak.
Keluarga Lanza dikatakan kerap mengunjungi lapangan sasar secara bersama.
Dalam kejadian itu, Lanza telah telah membunuh dirinya sendiri dengan salah satu senjata yang dibawanya.

Hati-hati semasa minum


Pada Hari Minggu yang lalu satu keluarga bersiar-siar dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin-tin minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai-kedai runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.

Sumber FB.


Kenapa Hasan Al Banna di bunuh

Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union 
dan Amerika Syarikat.







Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union  dan Amerika Syarikat.


   IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.

Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.

Wan Zack Haikal


Nama Wan Zack Haikal mula menjadi perhatian setelah Malaysia berjaya mengalahkan Laos dan Indonesia. Biodata Wan Zack Haikal mula dicari.  Dilahirkan pada tahun 28 Januari 1991, Kuala Lumpur - Malaysia.

Selepas Khairul Fahmi (Apek) dan Nazmi Faiz mencipta nama di Piala Suzuki AFF 2010, tahun 2012 menyaksikan bersinarnya bintang Wan Zack Haikal. Dilahirkan pada 28 Januari 1991 (21 tahun) di Kuala Lumpur, Wan Zack Haikal Bin Wan Noor merupakan pemain terbaik Liga Singapura pada tahun 2012.

Ketampanan wajah Wan Zack Haikal yang diibaratkan seperti Randy Pangalila mula mencuri perhatian gadis-gadis apabila menunjukkan mutu permainan yang sangat tinggi ketika Malaysia membelasah Laos 4-1. Sebentar tadi di dalam perlawanan menentang Indonesia, Wan Zack yang bermain di “right wing” telah menunjukkan persefahaman yang sangat baik dengan Mahali untuk membantu Harimau Malaya membenam Garuda 2-0.

  

Subhanallah...Lihatlah Peta Ini


subhanallah..apa akan jadi jika peta dunia diterbalikkan?. Cuba anda buat, dan di bawah ini adalah hasilnya apabila peta dunia diterbalikkan. Terbentuk tulisan Allah dan Muhammad - malaysiasensasi.net