Subang: Dua anggota prebet Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terkorban ketika bertugas dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, kelmarin, dinaikkan pangkat kepada koperal.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu sebagai menghargai sumbangan Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang gugur ketika mempertahankan negara.
Beliau berkata, imbuhan itu diharap dapat membantu keluarga kedua-dua keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menerusi pelbagai faedah perkhidmatan.
“Wang ringgit tidak boleh mengubat kesedihan dan kehilangan (mereka), tetapi ini tanda keprihatinan ATM dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT).
“Wang ringgit tidak boleh mengubat kesedihan dan kehilangan (mereka), tetapi ini tanda keprihatinan ATM dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT).
Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail
Allahyarham Ahmad Farhan Ruslan
Allahyarham Ahmad Farhan Ruslan
NAJIB bersama Ahmad Zahid dan pegawai tertinggi ATM mengaminkan doa kepada jenazah Ahmad Hurairah, semalam.
Sumber Harian Metro
Al fatihah untuk pejuang yang gugur di medan perang.