1. Beza Warna Daging Babi dan Daging Lembu
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Beza dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.
3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging b.a.b.i mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging b.a.b.i sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak b.a.b.i kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging b.a.b.i yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging b.a.b.i lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan.
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging b.a.b.i mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
Sumber rilekslah.com
Blog khas mengenai isu semasa yang berlaku pada hari ini dalam negeri mahupun yang luar negara.
Budak hilang lagi!
PELAJAR Tingkatan Tiga, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam dipercayai diculik tiga individu di Taman Tas, Kuantan. Kejadian berlaku ketika mangsa ke kedai telefon berhampiran rumah mereka bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd Shahmi Aiman, yang masing-masing berusia 11 tahun.
Sumber Berita Harian Online
Subscribe to:
Posts (Atom)